Skip to content
Seandainya Karl Marx Menjadi Juri Anugerah Sastera
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Titisan Pena > Bicara Bahasa dan Sastera > Bicara Sastera > Seandainya Karl Marx Menjadi Juri Anugerah Sastera
Seandainya Karl Marx Menjadi Juri Anugerah Sastera
Bicara Sastera

Seandainya Karl Marx Menjadi Juri Anugerah Sastera

  • Benedict Anak Samling
  • 5 November 2026
  • DBP Cawangan Sarawak
  • 3
  • 5

BAYANGKAN SEJENAK.

Dalam sebuah majlis anugerah sastera, berkumpul para sasterawan bertali leher ketat dan mengenakan tuksedo. Tidak jauh dari kelompok sasterawan itu ialah para pengkritik sastera, berdiri di dalam lingkaran kecil dengan pen pelbagai warna tersusun di poket baju, berbisik-bisik sedang memperkatakan teknik penceritaan dan struktur naratif karya-karya sastera. Suara-suara dari dua kelompok itu berdengung dalam satu tempo amplitud yang seakan-akan rintihan harapan.

Sedetik, seorang lelaki berjambang dengan pandangan mata yang tajam berjalan perlahan-lahan, selangkah demi selangkah, kepalanya tegak menuju ke meja juri. Semua mata terpana memandang susuk itu. Mata mereka seakan-akan dimasuki debu-debu keresahan. Daripada lenggok tubuh dan riak wajahnya, dialah empunya nama yang gah dalam gelanggang sastera. Dia pasti datang bukan untuk sepatah dua kata, bukan juga untuk mendendangkan lagu Stecu Stecu, jauh sekali berpoco-poco di bawah lampu kelap-kelip. Jelas, dia datang untuk mempersoalkan struktur yang mendasari acara anugerah yang ditunggu-tunggu itu. Akhirnya dia muncul, ujar salah seorang daripada kalangan para sasterawan dan pengkritik. Dan, berteka-tekilah mereka.

Suara pengacara majlis memecah dengung di dalam dewan. Dalam getar suaranya, pengacara majlis mengumumkan: Karl Marx!

Sepi. Tiada tepukan gemuruh. Keheningan begitu laju menyelimuti dewan yang baru sahaja riuh dengan kesuk-kesik para hadirin.

Dia siapa? Diakah juri? Apa kelayakannya? Soalan-soalan itu berpindah dari bibir ke bibir.

Dan jika benar dia menjadi juri anugerah sastera, apakah rupa karya yang akan dipilihnya sebagai pemenang? Adakah beliau akan terpesona dengan novel yang dibanjiri buih-buih cinta terhalang di Kota London?

Atau barangkali, dia, Karl Marx, akan memalingkan wajah daripada naskhah-naskhah yang menjadikan estetika sebagai pelarian, lalu memilih sekumpulan puisi ringkas tentang kelaparan, ketidakupayaan dan ketidakadilan yang ditulis oleh penulis dari ceruk ladang sawit di pedalaman Borneo? Atau dia sedang dalam dilema memilih antara karya-karya organik dan sintetik?

Masyarakat sastera di dalam dewan itu sedia maklum, Marx melihat sastera sebagai cerminan struktur ekonomi dan bukannya kata-kata bermetafora yang dipaksa dan diada-adakan. Tidak, bukan ke arah itu lensa pemerhatian Marx.

Sastera pada Marx ialah manifestasi budaya yang berkait rapat dengan kehidupan sosial masyarakat. Maka, melalui lensa pengamatannya, tiada karya yang benar-benar bebas nilai, setiap naratif mengandungi ideologi, dan setiap gaya penulisan ialah produk daripada sistem sosial yang membentuknya. Dalam erti kata lain, sastera berakar tunjangkan sistem ekonomi masyarakat di pinggiran, sama ada mengakuinya atau tidak, itulah sistemnya.

Oh. Mujur. Para hadirin mengurut-urut dada. Marx bukan juri. Dia hanya mengambil tempat duduk di belakang barisan juri. Tidak terlalu dekat, tidak juga terlalu jauh.

Selesai proses penjurian, Marx berjalan ke arah barisan para juri lalu berdiri di hadapan mereka. Dia mengajukan beberapa soalan:

Mengapa tema tertentu lebih disanjung berbanding yang lain? Mengapa tema-tema masyarakat pinggiran, yakni tema kelas sosial bawahan seperti petani, buruh dan wanita tertindas jarang mendapat tempat di pentas utama?

Adakah kerana mutu penulisan seputar tema itu tidak mencapai tahap tertentu? Atau kerana sistem sastera yang ada, yang kononnya demokratik dan meritokratik sebenarnya telah lama dijangkiti penyakit ranked society?

Marx menggeleng-geleng. Matanya beralih ke arah para sasterawan dan pengkritik, yakni para penulis di dalam dewan. Katanya, dalam dunia yang digerakkan oleh nafas kapitalisme, anugerah sastera telah dimanipulasikan menjadi alat hegemonik, iaitu mewujudkan hierarki tentang siapa yang layak digelar penulis unggul, siapa yang diberi ruang dalam penerbitan utama, dan siapa yang dijemput ke forum-forum termasyhur. Aku mungkin salah, ujarnya lagi.

Maka, Marx memberikan bayangan, seandainya dia ialah juri, dia mungkin tidak hanya menilai karya, tetapi juga mempersoalkan struktur institusi itu sendiri, siapa pemodalnya, siapa kuratornya, dan siapa yang tidak diundang ke meja penjurian.

Lebih rencam lagi, Marx mengusulkan supaya anugerah sastera tidak lagi diberikan kepada individu, tetapi kepada gerakan-gerakan sastera, kepada suara kolektif dan kepada projek penulisan yang memperkasakan komuniti tertindas dan merobohkan naratif hegemonik. Trofi tidak lagi menjadi milik seorang penulis tunggal tetapi milik sebuah kampung yang menghasilkan antologi puisi tentang tanah yang dirampas. Atau sekumpulan buruh yang menulis kisah mereka dalam bentuk pementasan monolog. Dalam pengertian ini, sastera merupakan lonjakan pemikiran dan bukan soal keindahan semata-mata.

Namun begitu, kita juga harus jujur dengan persoalan seperti adakah Marx akan disambut dengan tangan terbuka di gelanggang sastera? Atau adakah suaranya akan dikelaskan sebagai terlalu kiri, politikal, mekanikal, tidak berseni, melengking, radikal, berkokok? Atau lebih parah, apakah dia akan digelar nyamuk sastera?

Sastera, bagi Marx, bukan untuk berkhayal di awan tinggi. Sastera seharusnya berupaya menggetarkan hati dan menjentik minda pembaca, membongkar sistem yang menindas dan meledakkan kesedaran masyarakat. Dengan kata lain, sastera untuk pembangunan sosial sesebuah masyarakat.

Seterusnya, Marx percaya dan berpegang teguh, sastera merupakan satu seruan ke arah kebebasan untuk melonjakkan tahap pemikiran. Maka, dalam dunia sastera yang semakin membiakkan puisi sebagai kapsul media sosial dan karya fiksyen sebagai produk komersial, suara Marx barangkali akan kedengaran sumbang, tetapi suara itu ialah satu harapan.

Kerana akhirnya, jika anugerah sastera ingin terus relevan, ia harus menjawab persoalan ini: adakah kita meraikan sastera yang membebaskan atau yang membiuskan?

# Esei# juri# sastera
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#baimbad (3) #cerpendbp (14) #cerpenkehidupan (8) #dbpselatan (17) #karyasastera (33) #kedah (4) #penulis (9) #penulisbaharu (38) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (7) #puisialam (6) #puisijawi (7) #puisimoden (28) #sasteramelayu (12) #sasteramoden (5) #sasterasabah (6) #Tunanetra (4) #wadahdbp (17) abuyon (5) adie abd gani (6) anak (3) bahasa (3) cerpen (17) dbpcawangansabah (10) dbpcawangansarawak (31) dbpsarawak (4) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (7) Esei (6) Gurindam (5) Guru (3) hari guru (3) Ketuhanan (4) Kopi (7) palestin (3) penulis sarawak (16) puisi (35) Puisi Islam (8) Puisi Jawi (6) puisi kehidupan (15) rindu (3) sajak (13) Sarawak (5) sastera (3) stephaniejuanitaahlee (4) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Pendidikan dan Krisis Kemanusiaan
Sejarah dan Budaya

Pendidikan dan Krisis Kemanusiaan

  • 20 Julai 2026
  • 5887
  • 5
Di Mana Kedudukan Sastera dalam Dunia Moden?
Bicara Sastera

Di Mana Kedudukan Sastera dalam Dunia Moden?

  • 20 April 2025
  • 390
  • 4.2
HSPM: Pedoman Buat Penulis Muda
Bicara Sastera

HSPM: Pedoman Buat Penulis Muda

  • 20 Julai 2025
  • 11781
  • 4.2
Estetika Malam Bulan Dipagar Bintang: Simfoni Romantisme Zaman Silam
Bicara Sastera

Estetika Malam Bulan Dipagar Bintang: Simfoni Romantisme Zaman Silam

  • 20 Disember 2025
  • 223

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP