Skip to content
Semut Mulia karya Joe K.A.S: Simfoni Perkembangan Diri dan Nurani Insan
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Titisan Pena > Bicara Bahasa dan Sastera > Bicara Sastera > Semut Mulia karya Joe K.A.S: Simfoni Perkembangan Diri dan Nurani Insan
Semut Mulia karya Joe K.A.S: Simfoni Perkembangan Diri dan Nurani Insan
Bicara Sastera

Semut Mulia karya Joe K.A.S: Simfoni Perkembangan Diri dan Nurani Insan

  • Jiah Shamsudin
  • 20 Mac 2026
  • DBP Wilayah Utara
  • 118
  • 5

Pengenalan

Drama pentas merupakan satu bentuk karya seni persembahan yang dipentaskan secara langsung di hadapan penonton. Melibatkan lakonan watak oleh pelakon berdasarkan skrip atau teks drama. Persembahan ini menggabungkan dialog, pergerakan, ekspresi emosi serta elemen teknikal seperti pencahayaan, bunyi, kostum dan set pentas untuk menyampaikan cerita, konflik dan mesej tertentu.

Menurut Mohd Rosli Saludin (2012), drama ialah kisah yang didramatisasi dan ditulis untuk dipersembahkan di atas pentas oleh sejumlah pemain. Semut Mulia karya Joe K.A.S mendedahkan tentang penulisan skrip bagi drama pentas untuk penonton sasaran, iaitu kanak-kanak. Kumpulan skrip ini menjadi asas kepada bagaimana sesebuah teater itu akan dilangsungkan. Menurut Rahmah Bujang (2015, hlm.58), skrip drama menjadi panduan kepada seseorang pengarah untuk mengkonsepsikan persembahan teater.

Semut Mulia karya Joe K.A.S diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2026. Semut Mulia ditulis khas oleh Joe K.A.S sebagai alat komunikasi kepada kanak-kanak dalam menyemai perkembangan diri dan rasa cinta terhadap alam sekitar.

Semut Mulia karya Joe K.A.S merupakan drama pentas kanak-kanak yang kaya dengan pengajaran dan nilai murni. karya ini disusun dengan bijak melalui beberapa tajuk kecil sebagai kandungan seperti Suara Rimba, Pulau Kucing, Semut Mulia, Payung dan Puteri Bunga, yang masing-masing membawa mesej tersendiri serta melengkapkan keseluruhan cerita. Joe K.A.S bukan sahaja menulis skrip drama pentas, malahan dia memasukkan unsur-unsur nilai dan nurani insan. Penulis menggunakan watak haiwan sebagai pembawa pengajaran kepada kanak-kanak dalam kumpulan drama ini. 

Menganalisis bagaimana kumpulan skrip drama pentas kanak-kanak ini membentuk nilai berkaitan dengan perkembangan diri terutamanya bagi kanak-kanak. Penelitian ini bertujuan untuk memahami secara mendalam bagaimana pembentukan dan pengukuhan peribadi mulia berlandaskan nilai-nilai moral dah kerohanian dengan norma masyarakat Malaysia ke arah memperkukuh lagi kesedaran hati nurani seseorang insan. Hal ini penting bagi menyemai nilai-nilai moral dalam diri kanak-kanak seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya supaya mereka membesar dalam suasana yang kondusif.

Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Kepercayaan kepada Tuhan juga merangkumi kepatuhan terhadap ajaran agama, pengamalan nilai moral serta kesedaran bahawa setiap perbuatan manusia tertakluk kepada balasan dan pertanggungjawaban di sisi Tuhan. Kepercayaan ini menjadi asas rohani yang membimbing manusia dalam membentuk keperibadian, sikap hidup dan nilai moral yang seimbang.

HITAM: Kita mesti bergerak di dalam pasukan. Jangan berpecah dan ingkar arahan.

(Joe K.A.S, 2026:69)

HITAM: Ingat! Sejarah bangsa kita ada dalam cerita tentera Nabi Sulaiman.

(Joe K.A.S, 2026:70)

Dialog watak Hitam menggambarkan manusia yang mempunyai kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan serta menjadikan ajaran dan kisah keagamaan sebagai panduan hidup. Patuh kepada arahan dan tidak berpecah mencerminkan nilai disiplin serta ketaatan yang lahir daripada kepercayaan kepada Tuhan. Individu yang percaya kepada Tuhan akan menjalankan arahan dan suruhan-Nya, bukan hanya bergantung kepada kekuatan fizikal semata-mata, tetapi juga kepada kerjasama dan kepatuhan kepada suruhan yang benar.

Di lembah Semut ada cerita,

Perjalanan tentera Nabi Sulaiman,

Takut dipijak diri binasa,

Kembali ke sarang satu arahan.

 

Tercatat firman dalam al-Quran,

Memimpin untuk urus kehidupan,

Bijak mengatur segala urusan,

Anugerah untuk Semut Budiman.

(Joe K.A.S, 2026:70)

Lirik lagu di atas, menceritakan kisah Nabi Sulaiman dan semut. Nabi Sulaiman diberikan anugerah boleh bertutur dan memahami bahasa haiwan termasuk semut. Pada ketika itu, semut yang berasa gerun akan dipijak oleh angkatan tentera Nabi Sulaiman, diarahkan kembali ke sarang oleh ratu. Namun dengan kurniaan Tuhan, semut tersebut tidak dipijak kerana Nabi Sulaiman memahami apa yang diperkatakan oleh ratu semut. Nabi Sulaiman bersujud dan bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan kebolehan memahami bahasa binatang.

Semut digambarkan sebagai makhluk yang patuh, berdisiplin dan bersatu di bawah satu arahan, selaras dengan ketentuan Tuhan. Hal ini mencerminkan bahawa keimanan melahirkan kesedaran untuk menjaga keselamatan bersama-sama dan mengutamakan kepentingan komuniti berbanding diri sendiri.

Umat Islam perlulah menjadikan al-Quran sebagai pedoman dan pegangan hidup agar tidak terpesong dari laluan jalan hidup yang benar. Firman Tuhan yang tercatat dalam al-Quran menjadi panduan kehidupan, bukan sahaja kepada manusia tetapi juga sebagai ikhtibar melalui tingkah laku makhluk lain. Nabi Sulaiman sendiri digambarkan sebagai pemimpin yang bersyukur dan merendah diri atas nikmat dan kelebihan yang dikurniakan Tuhan kepadanya. Keimanan Nabi Sulaiman mendorong untuk memerintah dengan adil, bijaksana dan penuh tanggungjawab.

Kebersihan Fizikal dan Mental

Kebersihan fizikal merujuk kepada keadaan tubuh badan yang bersih, sihat dan terjaga melalui amalan penjagaan diri yang baik dan kebersihan mental merupakan keadaan fikiran dan emosi yang sihat tenang dan seimbang. Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam setiap perlakuan. Joe K.A.S ingin mengajar masyarakat tentang keburukan memiliki fizikal dan mental yang tidak sihat. Melalui karyanya, Semut Mulia dalam kandungan skrip drama Suara Rimba:

KANCIL: Semua tahu kan, sifat manusia yang tamak, kejam dan tak “berperikemanusiaan” itu!

(Joe K.A.S, 2026:8)

Watak kancil yang bijak menunjukkan manusia yang sentiasa tidak cukup dengan apa-apa yang mereka telah miliki, dalam babak Suara Rimba ini mengisahkan manusia atau dikenali sebagai pembalak haram yang ingin memusnahkan hutan yang dicipta Tuhan yang sepatutnya perlu dikongsi bersama-sama dengan hidupan lain yang ada.

KANCIL: Kita ganggu mental dan perasaan mereka. Mungkin kita akan berjaya.

(Joe K.A.S, 2026:11)

 

ANAK GAJAH: Betullah manusia mudah kalah pada perasaan sendiri.

KANCIL: Sebab itu saya rancang untuk menakut-nakutkan mereka kerana manusia lebih takut hantu                             dan jin daripada undang-undang.

(Joe K.A.S, 2026:17)

Berdasarkan dialog di atas, menunjukkan kelemahan mental dan fizikal manusia secara simbolik dan sindiran. Joe K.A.S menggunakan watak kancil yang kita kenali kecil sahaja tetapi mampu mengalahkan manusia dengan pemikiran yang bijak menyebabkan manusia mampu ditewaskan dengan cara mengganggu mental dan perasaan mereka. Menunjukkan bahawa ketahanan mental manusia sangat rapuh. Manusia digambarkan mudah dikuasai oleh rasa takut, cemas dan imaginasi sendiri walaupun ancaman tersebut tidak bersifat fizikal atau nyata. Watak Anak Gajah pula menyebut manusia  mudah kalah kepada perasaan sendiri malahan emosi manusia sering mengatasi pertimbangan akal sihat mereka. Joe K.A.S berjaya menjadikan dialog ini untuk mengkritik manusia sebagai makhluk yang kelihatan kuat dari segi fizikal, namun sebenarnya lemah dari aspek dalaman, iaitu mental dan emosi. Manusia ialah makhluk yang paling kuat di muka bumi ini. Manusia perlulah menguatkan fizikal dan mental agar tiada ruang kepada pihak lain untuk memanipulasi perasaan mereka sendiri.   

Kerajinan

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2003, hlm.4), kerajinan didefinisikan sebagai usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. Kerajinan menunjukkan komitmen tinggi, penggunaan masa yang berkesan serta kesungguhan untuk membaiki diri walaupun berdepan cabaran atau kesukaran.

HITAM: Mulai hari ini, mari kita kembalikan cara dan sikap hidup bangsa kita seperti dulu-dulu.

PEKERJA 1: HIDUP DALAM BERKUMPULAN!

PEKERJA 2: HIDUP DENGAN KERAJINAN!

PEKERJA 3: HIDUP DENGAN BEKERJASAMA!

PEKERJA 4: HIDUP DENGAN DISIPLIN!

PEKERJA 5: HIDUP DENGAN BERHATI-HATI!

(Joe K.A.S, 2026:71)

Melalui watak Hitam, penulis menunjukkan bahawa kerajinan merupakan sikap dan cara hidup bangsa kita yang terdahulu. Hal ini terbukti bahawa manusia ialah bangsa yang rajin, bersungguh dan bijak dalam kehidupan mereka sejak zaman-berzaman. Kesungguhan dan kebijaksanaan tokoh-tokoh terbilang seperti sultan, bendahara dan laksamana telah menjadikan Melaka terkenal sebagai pusat pemerintahan yang hebat. Bangsa Melayu merupakan bangsa yang rajin, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. Kita hendaklah mencontohi semangat kepimpinan mereka dengan menjadi insan yang rajin, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara.

HITAM: Macam itulah demi bangsa. Kita sanggup lakukan apa-apa sahaja. Cepat ambil barisan!

(Joe K.A.S, 2026:71)

 

(Semua bersemangat dan menyanyikan lagu “Bangsa Mulia”)

Untuk menjadi bangsa mulia,

Rajin taat terus berusaha,

Bersatu padu pasti berjaya,

Maruah bangsa tetap dipelihara.

 

Ikrar padu janji setia,

Tanam subur dalam jiwa,

Ini azam Semut Mulia,

Inilah wajah bangsa berjaya.

(Joe K.A.S, 2026:72)

Insan yang rajin akan memacu kepada kehidupan yang lebih baik kepada agama, bangsa dan negara yang sanggup melakukan apa-apa sahaja ke arah kebaikan dan kemakmuran. Berdasarkan lirik lagu yang dilampirkan di atas, menunjukkan cara bagaimana untuk menjadi insan atau bangsa yang mulia. Insan yang rajin akan melakukan perkara yang mulia.

Kasih Sayang

Kasih sayang ialah perasaan cinta, belas ihsan dan kepedulian yang lahir daripada hati yang murni terhadap orang lain, yang mendorong seseorang untuk melindungi, menghargai, membantu dan berbuat baik tanpa mengharapkan balasan. Kasih sayang bukan sahaja terbatas kepada hubungan sesama manusia, malah merangkumi alam sekitar dan seluruh makhluk ciptaan Tuhan.

Sikap kasih sayang terhadap alam bermaksud rasa prihatin, tanggungjawab dan hormat terhadap alam semula jadi kerana alam merupakan sumber kehidupan yang saling berkait dengan kelangsungan hidup manusia.

DOKTOR ALI: Hujan asid terjadi disebabkan oleh pencemaran alam seperti pembakaran terbuka, asap                                     kenderaan, asap kilang dan sebagainya.

DOKTOR TEJA: Jadi, kita perlu adakan kempen untuk memulihkan alam sekitar.

(Joe K.A.S, 2026:98)

Watak Doktor Ali dan Doktor Teja menunjukkan keprihatinan terhadap kesan buruk perbuatan manusia terhadap alam. Kesedaran ini lahir daripada rasa kasih sayang, kerana individu yang penyayang tidak akan bersikap acuh tak acuh terhadap kerosakan alam yang boleh menjejaskan kehidupan manusia dan makhluk lain. Cadangan untuk mengadakan kempen memulihkan alam sekitar pula mencerminkan kasih sayang yang diterjemahkan melalui tindakan bertanggungjawab dan usaha kolektif. Kasih sayang bukan sekadar perasaan, tetapi dizahirkan melalui inisiatif untuk mendidik masyarakat, mengubah sikap dan menggalakkan penjagaan alam demi kesejahteraan bersama.

Kesimpulan

Semut Mulia karya oleh Joe K.A.S bukan sekadar sebuah drama pentas kanak-kanak biasa, malahan menjadi wadah penyampaian mesej-mesej penting melalui watak-watak yang penuh makna tersirat. Gabungan unsur lagu yang ceria dan bersemangat, karya ini berjaya menarik perhatian kanak-kanak sambil menanam nilai murni seperti kepercayaan kepada Tuhan, kebersihan fizikal dan mental, kerajinan dan kasih sayang yang membawa kepada perkembangan diri dan nurani setiap insan. Setiap watak yang digunakan mewakili sifat dan pengajaran yang dapat dijadikan teladan, menjadikan Semut Mulia sebagai satu karya yang bukan sahaja menghibur tetapi juga mendidik jiwa muda untuk menjadi insan yang mulia. Kesegaran penceritaan dan mesej moral yang tersirat menjadikan karya ini teris hidup di hati pembaca dan penonton, meninggalkan kesan positif yang mendalam dalam pembangunan sahsiah kanak-kanak.

Rujukan

Joe K.A.S. (2026). Semut Mulia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pembelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Moral. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rosli Saludin. (2012). Penghayatan Drama di Sekolah. Jurnal Peradaban Melayu, 7, (95-108)

Rahmah Bujang. (2015). Drama Melayu dari Skrip ke Pentas. Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

 

 

 

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (12) #cerpenkehidupan (6) #dbpselatan (17) #karyasastera (27) #kedah (3) #komsas (3) #penulis (8) #penulisbaharu (30) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (4) #puisijawi (7) #puisimoden (23) #sasteramelayu (9) #sasteramoden (3) #sasterasabah (6) #Tunanetra (4) #wadahdbp (12) abuyon (4) adie abd gani (4) anak (3) bengkel (2) cerpen (13) dbpcawangansabah (10) dbpcawangansarawak (27) dbpsarawak (3) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (5) Esei (4) Gurindam (5) Guru (3) hari guru (3) Ketuhanan (4) Kopi (6) palestin (3) penulis sarawak (13) puisi (33) Puisi Islam (8) Puisi Jawi (5) puisi kehidupan (12) Puisi Tradisional (3) rindu (3) sajak (11) Sarawak (5) stephaniejuanitaahlee (3) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Kabus Kelabu di Kundasang
Puisi

Kabus Kelabu di Kundasang

  • 22 September 2025
  • 104
  • 5
Siluet Ramadan
Puisi

Siluet Ramadan

  • 5 Mac 2025
  • 125
  • 5
Pementasan Teater “Manek Sulamkan Si Ayer Mata” Memartabatkan Seni dan Budaya Masyarakat Baba Nyonya sebagai Warisan Negara
Sejarah dan Budaya

Pementasan Teater “Manek Sulamkan Si Ayer Mata” Memartabatkan Seni dan Budaya Masyarakat Baba Nyonya sebagai Warisan Negara

  • 5 Januari 2025
  • 135
Masihkah Kauingat Ismail Kassan?
Tokoh

Masihkah Kauingat Ismail Kassan?

  • 5 November 2025
  • 120
  • 5

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP